- Semua gambar adalah original.No editing version.
Alhamdulillah,selesai sudah sesi pertama kelas asas solekan yang diadakan pada 20hb March 2011 jam 9pg-1tghari.
Semua peserta teruja dan serius dalam mempelajari teknik asas mekap.
step by step...
semua excited nak mekap sendiri selepas diajar... Teringat zaman diri sendiri excited macam ni masa pergi kursus mekap dolu2.
Di bawah ini,gambar2 peserta selepas make over oleh tangan mereka sendiri.Ada yang malu2 nak mekap,ada yang takot2 nak cuba...
Ada yang rasa tebal semacam hakikatnya tidak pun.Perasaan itu datang sebab mereka tak pernah cuba mekap mengikut step2 seperti concealer,foundation,shading,bedak dan finishing. Itu mengikut cerita mereka. Sebab mereka guna Kryolan TV Paint Stick untuk base.Memang rasa tebal sket sebab macam clay kan teksturnya. Mereka juga diberi peluang menggunakan produk selain Kryolan iaitu Dermacos,Bodyshop serta MAC dan lain2.
si atin ni memang dah comey orangnya..dia berani guna warna terang..mcm minah arab dah.. hehe
kalau korang perasan,gmbr selepas tu ada mcm dagu Nadia ni lekuk tp tu sebenarnya teknik ilusi sahaja hehe
yang ni dari takde kening,terus cantik je kening terbentuk..kan nurul...
yang ni jadi flawless je kan..takde dah parut2 tu..bley senyum sampai ke telinga ye dik
cikgu ain ni memang peserta paling cepat tangkap.dia siap dulu buat ape2.. teknik blend utk eyeshadow dia memang menjadi
yang ni dari mata kecik,jadi la besar n galak sket mata si eyra ni hehe...
yang ni plak,dapat tutup semua parut2 yang ada...tak perlu takot2 dah lps ni nak kuar g dinner ke,special occasion ke sebab dah pandai mcm2 teknik =D
Mana yang takde kening,terus terbentuk keningnya,mana yg kening lebat,kita bentukkan tanpa mencukur dengan teknik ilusi,mana yg pipi tembam,kita kuruskan hehe..mana yg bibir tebal,kita nipiskan dan macam2 lagi.. =D
bergambar sebelum balik..
Terima kasih pada semua peserta.Nurul,Ain,Nadia,Iqa,Liyana,Eyra dan Atin. Kamu semua sangat sporting. Sijil akan menyusul kemudian. InsyaAllah lepas ni akan ada lagi kelas seperti ini.Dan mungkin akan dibuat di Shah Alam atas permintaan dan di Putrajaya.
Jumpa lagi =D
Sesi kedua untuk kelas solekan asas ini dibuka untuk pendaftaran. Terima kasih.